Anggota wudhuk 2

Terjemahan Hadith :

٢٥١. عن عبد الله الصابحي * أن رسول الله ﷺ قال: إذا توضأ العبد المؤمن فتمضمض خرجت الخطايا من فيه، فإذا استنثر خرجت الخطايا من ألفه، فإذا غسل وجهه خرجت الخطايا من وجهه حتى تخرج من تحت أشفار عينيه، فإذا غسل يديه الخطايا من يديه حتى تخرج من تحت أظفار يديه، فإذا مسح برأسه خرجت الخطايا من رأسه حتى تخرج من أذنيه، فإذا غسل رجليه خرجت الخطايا من رجليه حتى تخرج من تحت أظفار رجليه، ثم كان مشيه إلى المسجد وصلاته نافلة له. رواه الساني، باب مسح الأذنين مع الراس ...، رقم ۱۰۳.

وفي حديث طويل عن عمرو بن عبـة السلمي * وفيه مكان (ثم كان مشبه إلى المسجد وصلالة نافلة ) فإن هو قام فصل، فحمد الله وأتى عليه وتحده بالذي هو له أهل، وفرغ قلبه لله، إلا انصرف من خطيته كهبته يوم ولدته أمه. رواه مسلم باب إسلام عمرو بن عبسة رقم. ۱۹۳۰ .

251. Sayyidina Abdullah Sunabihi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seseorang hamba mukmin berwuduk dan dia berkumur-kumur maka gugurlah segala dosa dari mulutnya. Apabila dia membersihkan hidung maka gugurlah segala dosa dari hidungnya. Apabila dia membasuh mukanya maka segala dosa akan keluar dari mukanya sehingga dosa-dosa itu keluar dari bulu matanya. Apabila dia membasuh kedua-dua tangannya maka segala dosanya gugur dari kedua-dua tangannya sehingga dosa-dosa itu gugur dari bahagian bawah kuku-kukunya. Apabila dia menyapu kepalanya maka segala dosanya gugur dari kepalanya dan gugur dari kedua-dua telinganya. Apabila dia membasuh kedua-dua kakinya maka segala dosanya gugur daripada kedua-dua kakinya sehingga dosa-dosa itu gugur dari bahagian bawah kuku kakinya. Kemudian jadilah pemergiannya ke masjid dan solahnya sebagai ganjaran tambahan baginya." (Nasa'i)

Dalam hadis yang panjang riwayat Sayyidina Amr bin Abasah Sulami, "Sekiranya dia bangun bersolah lalu dia memuji Allah dan memuja-Nya serta dia mengagungkan Allah dengan pujian yang layak bagi-Nya dan dia mengosongkan sanubarinya hanya untuk Allah maka (setelah selesai solah) dia suci daripada dosa dosanya sebagaimana keadaannya pada hari dilahirkan oleh ibunya." (Muslim)

Keterangan: Sebahagian ulama menerangkan mengenai hadis yang pertama iaitu dengan sebab wuduk dosa-dosa seluruh tubuh akan diampunkan dan dengan sebab solah dosa-dosa batin juga akan diampunkan. (Kasyf ul-Mughatta)

Riwayat :

Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi A. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.

Catitan : Tiada membasuh telinga.

Comments

Popular posts from this blog

Bacaan selepas wudhuk - 3

Anggota wudhuk 3

Bacaan selepas wudhuk - 1