Bacaan selepas wudhuk - 1



أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله



Terjemahan Hadith :

١٧٠ ، وفي رواية للترمذي، عن عمر بن الخطاب *، من توضأ فأحسن الوضوء ثم قال: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، اللهم اجعلني من التوابين، واجعلني من المتطهرين (الحديث) باب في ما يقال بعد الوضوء، رقم: 55.

248. Sayyidina Umar bin Khattab meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Sesiapa yang menyempurnakan wuduk (dengan melakukan semua perkara yang sunat dan adab-adab dalam berwuduk) kemudian dia membaca. أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله

yang bermaksud, "Saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu ialah hamba-Nya dan pesuruh-Nya." Maka pasti dibukakan untuknya kelapan-lapan pintu syurga dan dia boleh memasuki dari mana-mana pintu yang dia kehendaki." (Muslim)

Dalam riwayat Sayyidina 'Uqbah bin Amir, bacaannya ialah, أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله

Dalam riwayat Sayyidina Anas bin Malik pula, terdapat kenyataan bahawa bacaan hendaklah diulang sebanyak tiga kali. Dalam riwayat yang lain daripada Sayyidina Uqbah disebutkan bahawa selepas berwuduk doa itu hendaklah dibaca sambil mengangkat pandangan ke langit. Dalam satu riwayat Sayyidina Umar bin Khattab terdapat bacaan,

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم اجعلني من التوابين واجعلني من المتطهرين

"Saya bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa lagi tiada sebarang sekutu bagi-Nya dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku dalam kalangan orang-orang yang selalu bertaubat dan jadikanlah aku dalam kalangan orang-orang yang selalu berada dalam keadaan suci lagi bersih."

Riwayat :

Sumber : الأحاديث المنتخبة .MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.



Comments

Popular posts from this blog

Bacaan selepas wudhuk - 3

Anggota wudhuk 3