Anggota wudhuk 3
Terjemahan Hadith :
٢٥٢. عن أبي أمامة - أن رسول الله ﷺ قال أيها رجل قام إلى وضوئه يريد الصلاة ثم عسل كفيه نزلت خطيئته من كفيه مع أول قطرة فإذا مضمض واستنشق واستثر نزلت خطيئته من لسانه وشفتيه مع أول قطرة فإذا غسل وجهه نزلت خطيته من سمعه وبصره مع أول قطرة فإذا غسل يديه إلى المرفقين ورجليه إلى الكعبين سلم من كل ذنب لهو له ومن كل خطيئة كهيئته يوم ولدته أمه قال فإذا قام إلى الصلاة رفع الله بها در جته وإن قعد قعد سالما.
رواه أحمد ه ٢٦٣
252. Sayyidina Abu Umamah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa sahaja yang bangun mengambil wuduk untuk menunaikan solah kemudian dia membasuh kedua-dua tangannya hingga ke pergelangan tangan maka dosa-dosa kedua-dua tangannya itu akan gugur bersama titisan air yang pertama. Apabila dia berkumur dan memasukkan air ke hidung serta mengeluarkan air dari hidung maka dosanya akan keluar dari lidahnya dan kedua-dua bibimya bersama titisan air yang pertama. Apabila dia membasuh mukanya maka dosa-dosanya gugur dari pendengaran dan penglihatannya bersama titisan air yang pertama. Apabila dia membasuh kedua-dua tangannya sehingga sikunya dan dia membasuh kedua-dua kakinya sehingga ke buku lalinya maka dia suci daripada semua dosa dan kesalahannya sebagaimana keadaannya pada hari dia dilahirkan oleh ibunya. Apabila dia berdiri untuk bersolah maka Allah akan mengangkat darjatnya dan sekiranya dia hanya duduk (tidak mendirikan solah) maka dia tetap duduk dalam keadaan terselamat daripada sebarang dosa." (Musnad Ahmad)
Riwayat :
Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.
Catitan :

Comments
Post a Comment